Tuesday, March 31, 2015

4 TIPS MENJAGA PREMIUM BEAUTIFUL ANDA

“What you don’t know will hurt you.”

Assalamualaikum wrt. wbt.

Salam ukhwah kepada semua pembaca yang budiman,

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog saya.

Hari ini saya akan berkongsi 4 tips bagaimana menjaga Premium Beautiful anda. Ye la kan..dah beli mahal-mahal, harus kita tahu cara penjagaannya supaya tahan lama. Jadi, kita mulakan:

1) Basuh dengan Premium Beautiful Wash

       
                                                    Image result for pb wash

Korset Premium Beautiful ini didatangkan khas dengan pencucinya iaitu PB Wash. Kenapa perlu menggunakan PB Wash? Tak boleh ke guna pencuci baju yang biasa? Bukan tak boleh.. Cuma untuk mengekalkan kualiti korset kita untuk jangka masa yang lama, eloklah kita gunakan pencuci yang telah disyorkan. Takde la mahal mana pun, hanya RM42 sebotol 750ml.

PB wash mengandungi ekstrak semulajadi floral dan vitamin yang baik bukan sahaja untuk PB tapi untuk semua lingerie eksklusif anda. Ia selamat untuk cucian tangan, environmentally friendly dan boleh mengeluarkan semua kesan residues i.e toksin, peluh pada PB anda dengan efektif dengan hanya 1 atau 2 tutup sukatan sekali cucian.

Apa juga investment yang kita ada seperti rumah, kereta, peti sejuk, mesin basuh, ipad  dll pasti kita akan cuba sedaya-upaya untuk menjaganya seboleh-bolehnya mengikut manual, tak gitu?


2) Cuci Tangan


                                                                 Image result for mencuci baju dengan tangan

Haa apa? Tak boleh masuk mesin basuh? Malasnya…

Jangan fikir anda perlu habiskan setengah jam hanya untuk mencuci PB anda. Sebenarnya 10 ke 15 minit saja dah mencukupi. Rendamkan saja PB dalam PB wash yang bercampur air di dalam besen selama 10 minit dan gosoklah perlahan-lahan di tempat-tempat yang kerap berpeluh sebelum anda bilas. Kemudian bilas sehingga tiga kali untuk memastikan tiada kesan sabun. Jika sekali dua pun dah tak meninggalkan kesan sabun, sudah memadai. Anda sudah pun selesai.

Alah bias, tegal biasa aje sebenarnya. Kita pun jika dah beli lingerie mahal-mahal di shopping mall pasti dinasihatkan perkara yang sama oleh sales person tu..’jangan masuk mesin basuh tau’..kan kan?? Jadi motifnya sama aje, untuk menjaga kualiti pakaian dalam tersebut.

3) Jemur di tempat yang teduh


Jangan dijemur di bawah sinar matahari. Kalau boleh anda gantung menggunakan penyangkut baju di dalam bilik air selepas dibilas. Kalau nak lap sikit-sikit dengan tuala kering pun boleh. Sambil-sambil tu tarik perlahan-lahan tetulang yang ada pada korset PB anda agar bentuknya kembali kemas. Bila dah agak-agak air tak lagi menitik, jemur PB anda di bawah kipas. PB anda akan kering dalam masa 4-6 jam inshaaAllah..Jika anda cuci sebaik sahaja balik kerja, esoknya dah boleh pakai lagi :-)

4) Jangan diseterika atau dry clean


Hmm siapalah yang bijak pandai nak seterika baju dalam kan??
Atau dry clean..
Ok selesai point ni. Next….!! Lols.

Jika anda masih kurang yakin dan ingin tahu lebih lanjut tentang cara terbaik penjagaan PB, anda boleh call/ sms/ whatsapp saya..tak kisah la sama ada anda membeli dengan saya atau tidak. Saya boleh saje berkongsi apa yang saya tahu dengan anda.

Nadiah

013 3355 035

No comments:

Post a Comment