Sunday, March 22, 2015

WELCOME TO MY BLOG!

“Effective communication is 20% what you know and 80% how you feel about what you know”

Hence this blog :-)


Assalamualaikum wrt. wbt.


Salam perkenalan kepada semua pembaca yang budiman,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke entry pertama blog saya.

Haaa..para pembaca sekelian suka tak dengan tagline saya kat atas tu?? Saya pun suka sangat dengan tagline tu sebab statement tu jujur lols..walaupun pinggang akak sendiri tak berapalah nak tiny gitu hahaha..

Serba sedikit pengenalan tentang diri saya. Nama saya Nadiah binti Ahmad Pauzi. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang puteri. Latar belakang pendidikan saya ialah ijazah kepujian sains aktuari dan mba kewangan dari dua buah universiti awam tempatan. Kini saya masih cuba menghabiskan 4 dari 10 kertas Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) yang saya ikuti di INCEIF, Kuala Lumpur. Latar belakang pekerjaan saya pula di Shell Services International, Bukit Damansara, Honda Malaysia,  Glenmarie, Shah Alam dan Weststar Motorsport di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

Saya sudah menjadi surirumah sepenuh masa sejak 10 tahun yang lalu.


Bersama anak-anak harta tak ternilai..


Saya seorang yang agak adventurous dengan dunia perniagaan. Saya sukakan cabaran berniaga itu sendiri dan saya tak kisah untuk bekerja kuat. Antara perniagaan yang saya pernah ceburi ialah perniagaan kambing, network marketing usana dan perniagaan penyelidikan psychometric. Semuanya ada menjana pendapatan tetapi amatlah minimum. Saya tetap bersyukur dengan pengalaman-pengalaman tersebut. Dengan adanya pengalaman-pengalaman ini, saya lebih bijak memilih peluang yang datang. Pendek kata, saya sudah tahu dengan jelas apa yang saya mahukan.

Blog ini sebetulnya adalah cara saya untuk berkongsi catatan perjalanan saya dengan perniagaan yang baru saya ceburi ini iaitu Premium Beautiful. Nama pun newbie, maka saya belumlah mencapai tahap pakar lagi. Saya juga tidak akan berkongsi perkara-perkara yang saya tidak tahu pada awal perkongsian ini. Cuma mungkin 20% dari apa yang sepatutnya saya tahu. Tapi saya akan cuba sedaya-upaya untuk berkongsi rasa sehingga 80% tentang apa yang saya tahu mengenai perniagaan ini dengan anda. Itulah objektif saya buat masa ini. 

Harapan saya, semoga blog ini dapat menjadi sarana efektif buat pembacanya menjana idea dan inspirasi.

Begitulah serba sedikit catatan pertama saya. Mohon maaf atas segala kekurangan. Sehingga bertemu lagi di entry-entry akan datang. 

Jika kebetulan anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan korset buat diri anda, sudi-sudilah consider Premium Beautiful sebagai pelaburan anda. 

                 boleh call/sms/whatsapp saya Nadiah di 013 3355 035 


Saya akan kongsikan kenapa Premium Beautiful adalah pilihan terbaik bagi anda!

Salam kasih sayang!






No comments:

Post a Comment