Friday, April 3, 2015

ISMALINA OH ISMALINA!


My mentor said, “Let’s go do it,”, not “You go do it”. How powerful when someone says “Let’s!

Assalamualaikum wrt. wbt.

Salam ukhwah kepada semua pembaca yang budiman,

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog saya.

Hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca sekelian tentang wanita hebat berusia 32 tahun bernama Ismalina binti Ishak.

Ismalina bersama RM100,000 Award yang dimenanginya


Hmm..siapa Ismalina ni ya?

Sebenarnya Ismalina atau nama mesranya Isma ni ialah ‘direct mentor’ saya dalam business Premium Beautiful ni. Apa yang menarik tentang Isma ya? Jom kita lihat..


1) Gigih


Sebagai rakan kongsi yang telah mengikuti Isma beberapa kali dalam seminggu, saya dapati Isma ni memang seorang yang gigih. Kadang-kadang saya pun tertanya-tanya, ”Eh Isma ni tak penat-penat ke?” Ini kerana appointment business yang kadang-kala ‘non-stop one after another’, memang bukan calang-calang orang yang sanggup terima cabaran ni.

Isma juga seorang yang bersungguh-sungguh membentuk rakan kongsinya. Ambil sayalah sabagai contoh. Pada mulanya, saya ni bukanlah dalam kategori mereka yang agresif berbusiness. Mungkin sebab saya hanya mahu mengisi masa lapang di samping belajar skill berbusiness dengan mereka yang like-minded dan telah pun berjaya dalam business ni. Jika ada penghasilan, Alhamdulillah..Jadi, untuk membentuk saya menjadi acuan TLCian, saya akui bukanlah satu tugas yang mudah kerana motivasi saya dalam business ini yang tak tinggi..hehe

Isma dalam pada itu tak pernah putus asa memberi panduan demi panduan agar saya perlahan-lahan masuk ke dalam acuan tersebut. Yang ajaibnya, saya pun tak sedar bila saya masuk dalam acuan itu. Tahu-tahu aje, dalam beberapa bulan ni saya dah sedikit-sebanyak seperti TLCian yang lain.

Hebat kan teknik Isma ni?


2) Sabar  


Kualiti sabar ni hanya dapat dilihat bila keadaan menjadi tertekan.

Dan oleh sebab saya dah pernah ke sana ke mari ber ‘business appointment’ dengan Isma, nyata beliau adalah seorang yang ‘level-headed’ bila berdepan dengan cabaran dan dugaan. Terutama ketika menjawab soalan-soalan mencabar dari prospek-prospek yang skeptikal. Namun kata beliau, setiap prospek yang kita jumpa itu bernilai RM2 juta. Haruslah kita selesaikan setiap ‘concern’ yang mereka ada tentang business ini seprofessional mungkin kerana semua ‘concern’ mereka itu ‘legit’.

Di samping ber ‘business full-time’ (beliau baru saja resign full-time job kerana income business yang bertambah kukuh), beliau juga ialah seorang ibu yang masih menyusukan anak dan juga seorang isteri. Tanpa bantuan pembantu rumah, beliau menguruskan semuanya dengan bantuan suami dan ibu beliau.

Benarlah kata-kata hikmat yang mengatakan kalau nak seribu daya. Kalau anda fikir anda akan berjaya, anda betul. Dan kalau anda fikir anda TAKKAN berjaya pun, anda betul.

It’s all in your thinking.

Saya dan Ismalina ~ dah macam kembar pulak


3) Standard yang Tinggi


Saya fikir sesiapa yang dah pun menyarung ‘mentor cap’ haruslah mempunyai kualiti ini. Standard yang tinggi dalam berbusiness menyebabkan rakan kongsi terpaksa men-stretch visi dan objektif mereka dalam berbusiness, langsung menyebabkan kejayaan lebih cepat dicapai. Walaupun beliau meletakkan rakan kongsi dalam situasi yang serba tak senang duduk (selagi tak capai target), beliau sebenarnya sedang mendidik rakan kongsi beliau tentang ‘establishing new effective habits’. Habits yang boleh membawa kejayaan kepada rakan kongsi. Habits yang hanya kekal di dalam diri jika dilakukan secara berterusan selama 21 hari berturut-turut.

Memang bukan kerja mudah untuk mengubah orang.

Namun bersebabkan beliau juga dulu ialah seorang ‘chartered accountant’ bersama Schlumberger selama 4 tahun dan sebelumnya PWC selama 5 tahun, beliau memang membawa bersama ‘positive corporate culture’ dalam ‘mentoring system’ beliau.

Dan pada saya, ini adalah satu ‘plus point’ yang besar!


4) Pergantungan Spiritual


Dalam pada aktif berbusiness, Isma juga tak pernah lupa mengingatkan rakan kongsi agar selalu bergantung kepada Allah dalam setiap sesuatu. Jangan lupa amalan-amalan yang membantu mendekatkan kita kepada Allah seperti solat di awal waktu, dhuha, tahajud, sedekah, membaca yaasin di pagi hari dan lain-lain amalan spiritual yang menunjukkan ‘total surrender’ kita kepada sang Pencipta.

Perniagaan hanyalah sebahagian kecil usaha muamalat kita di dunia. Akhirat jua tempat kembali yang kekal abadi.

Sebagai salah seorang insan yang telah dicanai secara positif oleh Isma, saya mendoakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang lebih besar buat beliau. Semoga pentas CDM menjadi milik Isma tahun ini!

Isma bersama direct mentor beliau ~ Izyan

Ikuti perjalanan business Premium Beautiful Ismalina di www.ismalina.com. 

Jika anda juga ingin mengetahui potensi diri anda dan rela dicanai demi objektif itu bersama Top Leaders Circle, call/sms/whatsapp saya untuk tahu caranya.

Nadiah
013 3355 035


Tuesday, March 31, 2015

4 TIPS MENJAGA PREMIUM BEAUTIFUL ANDA

“What you don’t know will hurt you.”

Assalamualaikum wrt. wbt.

Salam ukhwah kepada semua pembaca yang budiman,

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog saya.

Hari ini saya akan berkongsi 4 tips bagaimana menjaga Premium Beautiful anda. Ye la kan..dah beli mahal-mahal, harus kita tahu cara penjagaannya supaya tahan lama. Jadi, kita mulakan:

1) Basuh dengan Premium Beautiful Wash

       
                                                    Image result for pb wash

Korset Premium Beautiful ini didatangkan khas dengan pencucinya iaitu PB Wash. Kenapa perlu menggunakan PB Wash? Tak boleh ke guna pencuci baju yang biasa? Bukan tak boleh.. Cuma untuk mengekalkan kualiti korset kita untuk jangka masa yang lama, eloklah kita gunakan pencuci yang telah disyorkan. Takde la mahal mana pun, hanya RM42 sebotol 750ml.

PB wash mengandungi ekstrak semulajadi floral dan vitamin yang baik bukan sahaja untuk PB tapi untuk semua lingerie eksklusif anda. Ia selamat untuk cucian tangan, environmentally friendly dan boleh mengeluarkan semua kesan residues i.e toksin, peluh pada PB anda dengan efektif dengan hanya 1 atau 2 tutup sukatan sekali cucian.

Apa juga investment yang kita ada seperti rumah, kereta, peti sejuk, mesin basuh, ipad  dll pasti kita akan cuba sedaya-upaya untuk menjaganya seboleh-bolehnya mengikut manual, tak gitu?


2) Cuci Tangan


                                                                 Image result for mencuci baju dengan tangan

Haa apa? Tak boleh masuk mesin basuh? Malasnya…

Jangan fikir anda perlu habiskan setengah jam hanya untuk mencuci PB anda. Sebenarnya 10 ke 15 minit saja dah mencukupi. Rendamkan saja PB dalam PB wash yang bercampur air di dalam besen selama 10 minit dan gosoklah perlahan-lahan di tempat-tempat yang kerap berpeluh sebelum anda bilas. Kemudian bilas sehingga tiga kali untuk memastikan tiada kesan sabun. Jika sekali dua pun dah tak meninggalkan kesan sabun, sudah memadai. Anda sudah pun selesai.

Alah bias, tegal biasa aje sebenarnya. Kita pun jika dah beli lingerie mahal-mahal di shopping mall pasti dinasihatkan perkara yang sama oleh sales person tu..’jangan masuk mesin basuh tau’..kan kan?? Jadi motifnya sama aje, untuk menjaga kualiti pakaian dalam tersebut.

3) Jemur di tempat yang teduh


Jangan dijemur di bawah sinar matahari. Kalau boleh anda gantung menggunakan penyangkut baju di dalam bilik air selepas dibilas. Kalau nak lap sikit-sikit dengan tuala kering pun boleh. Sambil-sambil tu tarik perlahan-lahan tetulang yang ada pada korset PB anda agar bentuknya kembali kemas. Bila dah agak-agak air tak lagi menitik, jemur PB anda di bawah kipas. PB anda akan kering dalam masa 4-6 jam inshaaAllah..Jika anda cuci sebaik sahaja balik kerja, esoknya dah boleh pakai lagi :-)

4) Jangan diseterika atau dry clean


Hmm siapalah yang bijak pandai nak seterika baju dalam kan??
Atau dry clean..
Ok selesai point ni. Next….!! Lols.

Jika anda masih kurang yakin dan ingin tahu lebih lanjut tentang cara terbaik penjagaan PB, anda boleh call/ sms/ whatsapp saya..tak kisah la sama ada anda membeli dengan saya atau tidak. Saya boleh saje berkongsi apa yang saya tahu dengan anda.

Nadiah

013 3355 035

Saturday, March 28, 2015

4 SEBAB PREMIUM BEAUTIFUL BEST!

“When life gives you CURVES, flaunt them!”

Assalamualaikum wrt. wbt.

Salam ukhwah kepada semua pembaca yang budiman,

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog saya.

Hari ini saya akan berkongsi 4 sebab kenapa Premium Beautiful menjadi pilihan saya:


                                                        Image result for premium beautiful corset             

1) Produk kualiti SUPERBRAND


Maksud produk Superbrand ini adalah produk yang telah diiktiraf kualitinya oleh organisasi penjenamaan terkenal di lebih 80 buah negara iaitu Superbrands. 70% pelanggan dalam pasaran menyatakan mereka lebih terbuka dan yakin untuk membeli produk yang mempunyai pengiktirafan Superbrands. Bukan semua produk mendapat pengiktirafan ini. Hanya satu dalam setiap kategori produk sebagai contoh Colgate dalam ubat gigi, Gardenia dalam kategori roti, Google dalam kategori enjin carian.

Makanya, boleh kita rumuskan yang korset Premium Beautiful ini adalah produk korset yang diiktiraf berbanding korset-korset lain di pasaran..Kita pun kalau boleh nak beli apa-apa barang sekalipun, suka jika dapat membeli barang yang berkualiti dan diiktiraf kualitinya, tak gitu?

                    Image result for premium beautiful           Image result for premium beautiful


2) Lifetime WARRANTY & FREE Service


Ini pun satu tarikan juga buat saya. Jaminan sepanjang hayat? Biar benar?? Ye, betul! Selagi ada tag ‘Premium Beautiful’ pada korset anda, selagi itulah pihak syarikat akan menerima kembali korset anda untuk dibaiki secara PERCUMA. Susah nak percaya, kan?

Saya pun masih ada satu set Premium Beautiful yang saya beli 10 tahun lepas dan kainnya masih elok dan boleh dipakai walaupun selepas melahirkan 2 orang anak! Cuma selepas anak yang ketiga, dah berpeluh-peluh akak nak memakainya..a.k.a beli saiz baru yang besar sikit aje lah..hahaha

Tapi, bayangkan lah..semuanya SELEPAS 10 TAHUN ok..ini baru alah membeli menang memakai!

3) Custom-Made


Aktiviti fitting
                                   


Salah satu persepsi tentang korset ialah saiznya pasti S, M, L, XL dan mungkin 1 keping atau 2 keping. Namun tidak bagi korset Premium Beautiful. Premium Beautiful atau nama mesranya PB ni mempunyai saiz yang berbeza-beza. Jika nak pakai harus diukur dahulu empunya badan. Ya lah bukan semua wanita punya bentuk badan yang ideal kan. Macam saya sendiri, dada dan pinggang bersaiz kecil tetapi punggung dah kena pakai saiz besar sebab dah beranak tiga!

PB ni juga datang dalam tiga (3) keping iaitu Long Bra, Long Girdle (seluar) dan Waist Nipper (bengkung). Setiap satunya perlu difitting dahulu agar tak terlalu ketat atau terlalu longgar bila dipakai.

Haa sapa kata nak buat baju kawin je kena gi fitting?


4) INSTANT SHAPING!


Satu lagi kelebihan Premium Beautiful ialah Instant Shaping bermaksud korset ini mampu memberikan sipemakainya badan yang kemas serta-merta, menyembunyi dan menyimpan lemak-lemak sipemakainya di tempat-tempat yang strategik dan sepatutnya. Perut buncit dan rumah pangsa dari pandangan sideways semua hilang! Maka tak hairanlah ramai wanita yang nak ke majlis-majlis keramaian suka mengenakan PB untuk kesan kemasan pada kebaya atau busana yang dikenakan.

Jadi bagaimana nak dapat badan yang terbentuk dan kekal bentuknya? Haa tu kenalah istiqomah memakai PB 8 jam setiap hari selama 3 hingga 6 bulan. InshaaAllah, akan nampak hasilnya. 

Rome wasn’t built in one day, remember?


                 Image result for premium beautiful tsunami           Image result for premium beautiful tsunami


Jika anda teringin nak rasa sendiri pengalaman mengenakan Premium Beautiful tailor made untuk tubuh anda, boleh call/sms/whatsapp saya


Nadiah 

013 3355 035 

Wednesday, March 25, 2015

4 SEBAB SAYA PILIH PERNIAGAAN INI

"We generally change ourselves for one of two reasons: inspiration or desperation."

In my case, it is a bit of both.

Assalamualaikum wrt. wbt.

Salam ukhwah kepada semua pembaca yang budiman,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.

Mungkin anda yang dah lama kenal saya tertanya-tanya kenapa lah si Nadiah tu buat business korset Premium Beautiful kan? kan? Mesti punyalah! Ok..mari saya ringkaskan 4 sebab kenapa saya terjatuh hati sudah dengan business Premium Beautiful ni kan..

1) Nak buat pendapatan 5 angka.



Haa ambik kau! Jujur tak jujur akak..hahaha.. Apa taknya, semasa bertemu Isma, menurut beliau, (www.ismalina.com) pendapatan beliau dalam RM15 ribu sebulan. Kemudian, saya berjumpa Izyan (www.izyanliyana.com), menurut beliau pula pendapatan beliau dalam RM30 ribu sebulan. Hadoii..dan mereka ni semua mak-mak juga ok. Just like me..mau akak tak curious case of benjamin button sat..hmm..perniagaan apa depa dok buat ni ya? Teringin la jugak nak tahu kan..




 Bersama mentor hebat - Ismalina
                                               
                                           

2) Nak ada kemahiran (skill) yang boleh jana pendapatan yang serius


I want to grow as a person.


Saya ni kalau boleh nak ada satu kemahiran yang.. campak la saya kat mana pun, saya boleh hidup dengan kemahiran tu, dengan izin Allah of course..dan jeng..jeng..jeng…saya sudah nampak kemahiran yang saya boleh asah melalui perniagaan ini. Malah lebih dari satu ok..antaranya:
  • soft skill - public relation, negotiation, presentation & public speaking
  • appearance skill - tatarias wajah, dari hujung tudung ke hujang kasut serta pembawaan diri. Reality check: people do judge you from your first impression. .
  • social media skill - saya ni kan..facebook pun tak aktif, apatah lagi instagram, blog dll..memang tak wujud pun sbb dah rasa tak perlu kan? Sekarang? Semua ada berkat tunjuk ajar di TLC..
  • selling skill of course! - bukan skill menjual produk saja, lebih dari tu, kita jual idea (business plan) kita semasa perkongsian dengan pelanggan dan jual jenama diri kita sendiri melalui social media.
  • time management skill - haa..yang ni skill cepumas laa kan..dah jadi mak dan usahawan i.e nama glamernya ‘mumprenuer’ menyebabkan kita lebih menghargai dan lebih cekap menguruskan masa untuk keluarga dan perniagaan.


3) Semuanya wanita..yeay!!



Yang ini memang memudahkan saya ambil keputusan untuk buat perniagaan ni. Barang pun barangan wanita, yang nak beli pun sah-sah la wanita dan group TLC (topleaderscircle) pun didominasi oleh wanita. Jadi, kan senang sebagai isteri dan ibu.. nak jaga batas pergaulan supaya hati suami pun terjaga, rumahtangga pun terjaga inshaaAllah..Tambahan pula dapat teman-teman baru yang like-minded dan sesetengahnya memang dah berjaya pun dengan perniagaan ini.


Ukhwahfillah dengan kita-kita ajer..

4)Ate..dah pakai!



Lagi satu sebab yang mudah untuk saya buat business ni. Dah lama pakai premium beautiful. Sejak sebelum kahwin lagi. Jadi, alang-alang dah pakai, kenapa tak berbusiness saja? Afterall, insan-insan hebat macam Izyan dan Isma dah pun menjana pendapatan 5 angka dengan perniagaan ni.




  Hari saya keluar dari zon selesa :-)
                                                   
                                         
Kesimpulannya, jika anda seperti saya, teruja dengan perkara-perkara di atas seperti menjana pendapatan tambahan (sendiri ya, bukan yang suami beri) dengan kita-kita (para wanita) atau mahu memberi nilai tambah kepada diri sendiri dalam kehidupan, 

                           

                        boleh call/sms/whatsapp saya Nadiah di 013 3355 035 


untuk kita sembang-sembang tentang potensi perniagaan Premium Beautiful ni.

Sunday, March 22, 2015

WELCOME TO MY BLOG!

“Effective communication is 20% what you know and 80% how you feel about what you know”

Hence this blog :-)


Assalamualaikum wrt. wbt.


Salam perkenalan kepada semua pembaca yang budiman,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke entry pertama blog saya.

Haaa..para pembaca sekelian suka tak dengan tagline saya kat atas tu?? Saya pun suka sangat dengan tagline tu sebab statement tu jujur lols..walaupun pinggang akak sendiri tak berapalah nak tiny gitu hahaha..

Serba sedikit pengenalan tentang diri saya. Nama saya Nadiah binti Ahmad Pauzi. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang puteri. Latar belakang pendidikan saya ialah ijazah kepujian sains aktuari dan mba kewangan dari dua buah universiti awam tempatan. Kini saya masih cuba menghabiskan 4 dari 10 kertas Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) yang saya ikuti di INCEIF, Kuala Lumpur. Latar belakang pekerjaan saya pula di Shell Services International, Bukit Damansara, Honda Malaysia,  Glenmarie, Shah Alam dan Weststar Motorsport di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

Saya sudah menjadi surirumah sepenuh masa sejak 10 tahun yang lalu.


Bersama anak-anak harta tak ternilai..


Saya seorang yang agak adventurous dengan dunia perniagaan. Saya sukakan cabaran berniaga itu sendiri dan saya tak kisah untuk bekerja kuat. Antara perniagaan yang saya pernah ceburi ialah perniagaan kambing, network marketing usana dan perniagaan penyelidikan psychometric. Semuanya ada menjana pendapatan tetapi amatlah minimum. Saya tetap bersyukur dengan pengalaman-pengalaman tersebut. Dengan adanya pengalaman-pengalaman ini, saya lebih bijak memilih peluang yang datang. Pendek kata, saya sudah tahu dengan jelas apa yang saya mahukan.

Blog ini sebetulnya adalah cara saya untuk berkongsi catatan perjalanan saya dengan perniagaan yang baru saya ceburi ini iaitu Premium Beautiful. Nama pun newbie, maka saya belumlah mencapai tahap pakar lagi. Saya juga tidak akan berkongsi perkara-perkara yang saya tidak tahu pada awal perkongsian ini. Cuma mungkin 20% dari apa yang sepatutnya saya tahu. Tapi saya akan cuba sedaya-upaya untuk berkongsi rasa sehingga 80% tentang apa yang saya tahu mengenai perniagaan ini dengan anda. Itulah objektif saya buat masa ini. 

Harapan saya, semoga blog ini dapat menjadi sarana efektif buat pembacanya menjana idea dan inspirasi.

Begitulah serba sedikit catatan pertama saya. Mohon maaf atas segala kekurangan. Sehingga bertemu lagi di entry-entry akan datang. 

Jika kebetulan anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan korset buat diri anda, sudi-sudilah consider Premium Beautiful sebagai pelaburan anda. 

                 boleh call/sms/whatsapp saya Nadiah di 013 3355 035 


Saya akan kongsikan kenapa Premium Beautiful adalah pilihan terbaik bagi anda!

Salam kasih sayang!