Friday, April 3, 2015

ISMALINA OH ISMALINA!


My mentor said, “Let’s go do it,”, not “You go do it”. How powerful when someone says “Let’s!

Assalamualaikum wrt. wbt.

Salam ukhwah kepada semua pembaca yang budiman,

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog saya.

Hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca sekelian tentang wanita hebat berusia 32 tahun bernama Ismalina binti Ishak.

Ismalina bersama RM100,000 Award yang dimenanginya


Hmm..siapa Ismalina ni ya?

Sebenarnya Ismalina atau nama mesranya Isma ni ialah ‘direct mentor’ saya dalam business Premium Beautiful ni. Apa yang menarik tentang Isma ya? Jom kita lihat..


1) Gigih


Sebagai rakan kongsi yang telah mengikuti Isma beberapa kali dalam seminggu, saya dapati Isma ni memang seorang yang gigih. Kadang-kadang saya pun tertanya-tanya, ”Eh Isma ni tak penat-penat ke?” Ini kerana appointment business yang kadang-kala ‘non-stop one after another’, memang bukan calang-calang orang yang sanggup terima cabaran ni.

Isma juga seorang yang bersungguh-sungguh membentuk rakan kongsinya. Ambil sayalah sabagai contoh. Pada mulanya, saya ni bukanlah dalam kategori mereka yang agresif berbusiness. Mungkin sebab saya hanya mahu mengisi masa lapang di samping belajar skill berbusiness dengan mereka yang like-minded dan telah pun berjaya dalam business ni. Jika ada penghasilan, Alhamdulillah..Jadi, untuk membentuk saya menjadi acuan TLCian, saya akui bukanlah satu tugas yang mudah kerana motivasi saya dalam business ini yang tak tinggi..hehe

Isma dalam pada itu tak pernah putus asa memberi panduan demi panduan agar saya perlahan-lahan masuk ke dalam acuan tersebut. Yang ajaibnya, saya pun tak sedar bila saya masuk dalam acuan itu. Tahu-tahu aje, dalam beberapa bulan ni saya dah sedikit-sebanyak seperti TLCian yang lain.

Hebat kan teknik Isma ni?


2) Sabar  


Kualiti sabar ni hanya dapat dilihat bila keadaan menjadi tertekan.

Dan oleh sebab saya dah pernah ke sana ke mari ber ‘business appointment’ dengan Isma, nyata beliau adalah seorang yang ‘level-headed’ bila berdepan dengan cabaran dan dugaan. Terutama ketika menjawab soalan-soalan mencabar dari prospek-prospek yang skeptikal. Namun kata beliau, setiap prospek yang kita jumpa itu bernilai RM2 juta. Haruslah kita selesaikan setiap ‘concern’ yang mereka ada tentang business ini seprofessional mungkin kerana semua ‘concern’ mereka itu ‘legit’.

Di samping ber ‘business full-time’ (beliau baru saja resign full-time job kerana income business yang bertambah kukuh), beliau juga ialah seorang ibu yang masih menyusukan anak dan juga seorang isteri. Tanpa bantuan pembantu rumah, beliau menguruskan semuanya dengan bantuan suami dan ibu beliau.

Benarlah kata-kata hikmat yang mengatakan kalau nak seribu daya. Kalau anda fikir anda akan berjaya, anda betul. Dan kalau anda fikir anda TAKKAN berjaya pun, anda betul.

It’s all in your thinking.

Saya dan Ismalina ~ dah macam kembar pulak


3) Standard yang Tinggi


Saya fikir sesiapa yang dah pun menyarung ‘mentor cap’ haruslah mempunyai kualiti ini. Standard yang tinggi dalam berbusiness menyebabkan rakan kongsi terpaksa men-stretch visi dan objektif mereka dalam berbusiness, langsung menyebabkan kejayaan lebih cepat dicapai. Walaupun beliau meletakkan rakan kongsi dalam situasi yang serba tak senang duduk (selagi tak capai target), beliau sebenarnya sedang mendidik rakan kongsi beliau tentang ‘establishing new effective habits’. Habits yang boleh membawa kejayaan kepada rakan kongsi. Habits yang hanya kekal di dalam diri jika dilakukan secara berterusan selama 21 hari berturut-turut.

Memang bukan kerja mudah untuk mengubah orang.

Namun bersebabkan beliau juga dulu ialah seorang ‘chartered accountant’ bersama Schlumberger selama 4 tahun dan sebelumnya PWC selama 5 tahun, beliau memang membawa bersama ‘positive corporate culture’ dalam ‘mentoring system’ beliau.

Dan pada saya, ini adalah satu ‘plus point’ yang besar!


4) Pergantungan Spiritual


Dalam pada aktif berbusiness, Isma juga tak pernah lupa mengingatkan rakan kongsi agar selalu bergantung kepada Allah dalam setiap sesuatu. Jangan lupa amalan-amalan yang membantu mendekatkan kita kepada Allah seperti solat di awal waktu, dhuha, tahajud, sedekah, membaca yaasin di pagi hari dan lain-lain amalan spiritual yang menunjukkan ‘total surrender’ kita kepada sang Pencipta.

Perniagaan hanyalah sebahagian kecil usaha muamalat kita di dunia. Akhirat jua tempat kembali yang kekal abadi.

Sebagai salah seorang insan yang telah dicanai secara positif oleh Isma, saya mendoakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang lebih besar buat beliau. Semoga pentas CDM menjadi milik Isma tahun ini!

Isma bersama direct mentor beliau ~ Izyan

Ikuti perjalanan business Premium Beautiful Ismalina di www.ismalina.com. 

Jika anda juga ingin mengetahui potensi diri anda dan rela dicanai demi objektif itu bersama Top Leaders Circle, call/sms/whatsapp saya untuk tahu caranya.

Nadiah
013 3355 035


No comments:

Post a Comment